Tuesday, 22 April 2008

Empayar Islam Abbasiyah

Kewujudan Kerajaan Islam Abbasiyah bermula daripada perebutan kekuasaan dalam khilafah Islam oleh Bani Abbas.Propaganda tentang Kerajaan Islam Abbasiyah bermula daripada pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz(Bani Umayyah 717-720M).Pada awalnya pusat pentadbiran berpusat di kota Kuffah dan Khurassan dibawah pimpinan panglima perang yang tersohor bernama Abu Muslim al-Khurassan.

Dalam pentempuran perebutan kuasa,Bani Abbas mendapat kemenangan dan menguasai Syria(Syam).Selepas itu,kota demi kota dapat dikuasainya.Pada 752M bermulanya Kerajaan Islam Abbasiyah berdiri dengan Khalifah pertamaya iaitu Abu Abbas al-Sayyah.Kerajaan ini berkuasa hingga 1260M.

Dalam sejarah Kerajaan Islam Abbasiyah,muncul 2 kerajaan yang bernaung dibawah Kerajaan Islam Abbasiyah,iaitu Kerajaan Islam Fatimiyah dan Ayubbiyah.

Pada Kerajaan Islam Fatimiyah inilah berdirinya sebuah tempat pendidikan yang terkenal,Al-Azhar sejak tahun 970M dimana sehingga kini menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan.(khusus kepada keagamaan)

Kebaikan Kerajaan Islam Abbasiyah yang berpusat di Iraq dan ibukotanya Baghdad telah membangun dan memajukan berbagai sistem,sarana dan prasarana bidang pemerintahan,ekonomi,ilmu pengetahuan dan pendidikan,falsafah,keagamaan dan lain-lainya yang menjadi asas kehidupan moden sehingga hari ini.

Pendekatan pendidikan dan pengajaran telah melahirkan ramai sarjana Islam mengkaji dan mengembangkan berbagai ilmu dalam bidang kedoktoran,kimia,fizik,farmakologi,astronomi,astrologi,matematik,geografi,historiografi,falsafah,kesusasteraan,
seni muzik,tafsir,ilmu hadith,fikih,teologi,bahasa dan tasawuf.

Kemajuan ilmu pengetahuan dan peradaban umat manusia yang menjadi simbol kemajuan umat Islam dan umat manusia secara universal yang berpusat di Baghdad dan diberbagai wilayah kekuasaan Kerajaan Islam Abbasiyah yang memerintah selama lebih dari 5 abad (752M~1260M).

Kejatuhan Khalifah Islam di Timur (Asia) yang diwakili oleh Kerajaan Islam Abbasiyah hancur oleh serangan dari sayap Timur(Mongol)


No comments: